Bayan Baru,Pulau Pinang: Satu Majlis penyerahan wang
pendahuluan PTPTN telah diadakan di Sunway Tunas, Bayan Baru. Majis ini adalah
anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara dengan kerja sama UMNO
Bahagian Bayan Baru melalui Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahim Saibu, Pengerusi
MAYANG, UMNO Bahagian Bayan Baru.
Wang pendahuluan PTPTN ini adalah penyerahan cek RM 1500.00
sebagai pendahuluan sebelum menerima pinjamana PTPTN. Wang ini dikhaskan kepada
bakal siswazah yang layak dan telah bersetuju untuk menerima pinjaman PTPTN
dalam borang UPU semasa permohon memohon secara dalam talian.
Dalam majlis ini, seramai 199 orang bakal siswazah terlibat
untuk menerima Wang Pendahuluan ini iaitu sebanyak RM 1500.00 seorang. Jumlah
ini hanya dalam Parlimen Bayan Baru dan
tidak termasuk kawasan lain di negeri Pulau Pinang dan juga seluruh Malaysia.
Semua penerima amat berterima kasih kepada PTPTN dan UMNO
Bayan Baru terutama, Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahim Saibu.
Nasihat yang diberikan oleh Wakil PTPTN dan Yang Berbahagia
Dato’ Abdul Rahim Saibu kepada semua adalah senantiasa cermat dalam
membelanjakan wang yang diberikan ini. Selain itu, penerima diingatkan supaya
tidak menggunakan wang ini untuk persiapan raya yang bakal menjelang ini.
PERHATIAN !!!
Kepada semua penerima… diingatkan supaya mentunaikan wang
cek berkenaan di kaunter bank CIMB yang berhampiran dalam tempoh yang
ditetapkan iaitu sebelum 18 September 2011. Penerima juga diberi AMARAN!!!
Supaya mentunaikan cek ini di kaunter bank CIMB sahaja dan TIDAK MENTUNAIKAN
melalui MESIN PENDEPOSIT CEK. Jika TIDAK… wang ini secara automatik akan
DIBATALKAN!!!
TAHNIAH kepada semua penerima wang pendahuluan ini… Selain
itu, Tahniah juga kerana berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA).
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara ( PTPTN ) kerana sudi memberikan
kepada kami pinjaman ini. Selain itu, UMNO Bahagian Bayan Baru kerana berjaya
menguruskan program ini dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment