iklan

Saturday, 6 August 2011

Resepi Ayam Masak Kurma


KeJ@p LaG! nAk BerSAHUR kaannnnnnn.....!!!
dah TahU Nak M@k@n ApA???
Pagi2... tiMe k0R@ng sahur SelaLU makan aPE???
Korang Makan Nasi Tak????
kalau k0rAng M@kan NASI...
Budak Juah nAk cAd@nG LAUk niE...



Ayam Masak Kurma

 nie resepi nya... ---->

Resepi Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan:
  • 1/2 ekor ayam dipotong ikut citarasa
  • Bahan Untuk DiKisar:
    • 3 biji bawang merah
    • 3 biji bawang putih
    • 1 biji cili hijau
    • 1 inci halia
  • 1 inci kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 peket kecil serbuk rempah kurma Adabi (dibancuh dengan air)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam jawa
  • 2 biji buah keras (ditumbuk)
  • 1 biji kentang (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 1 biji buah tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili hijau (dibelah)
  • 1 mangkuk santan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dibelah. Kacau sebentar dan hidang dengan nasi.


1 comment:

budak juah said...

seedaaapppp!!! nnyyyaaaaaaaa........

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com