Nauzubillah min zalik Maksud
Nauzubillah min zalik maksud. Apakah maksud Nauzubillahi min zalik? Buat pengetahuan Anda ungkapan itu asalnya daripada kalimah Bahasa Arab, ia ditulis begini:
نعوذ بالله من ذلك
Jadi ditulis di dalam abdjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”
Jika merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-Empat pula di muka surat 1073, nauzubillah atau nauzubillahi bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita).
Ungkapan ini selalunya kita dengari dan disebut oleh ustaz-ustaz di dalam ceramah, seperti ketika memberi contoh perlakuan orang yang tidak senonoh, jadi mengucapkan ungkapan “Nauzubillah min zalik” yakni “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut” atau dengan ayat mudah faham, kami berlindung dengan Allah daripada terikut-ikut perlakuan buruk itu.
Ataupun ketika menceritakan tentang bencana yang menimpa sesuatu kaum dan tempat, diucapkan ungkapan “Nauzubillah min zalik” sebagai doa agar Allah lindungi kita daripada terkena bencana seperti yang menimpa kaum itu.
Ungkapan dan makna nauzubillah min zalik ini digunakan di akhir bicara umpama doa menolak bala.
Ok, Semoga bermanfaat. Wassalam.
2 comments:
Mohon share.. terima kasih
Assalamualaikum,
Bermula ungapan ayat itu dgn huruf nun. Kita Cuba perhatikan bentuk huruf nun Dan titik huruf nun itu.
Persoalan huruf nun itu ada persamaan dgn huruf BA, cuma keberadaan titik membeza kedua huruf itu.
Kebanyakan ahli fikir hanya memperhebatkan tafsiran mahupun maksud BA akan Tetapi huruf Nun itu tetap menjadi rahasia Dan tidak diperhitungkan.
Pada pendapat saya yang kurang arif sini bahawasanya huruf Nun mengandungi rahasia allahsubhanahuwataala.
Dalam pandangan zahiriah, HURUF Nun diertikan NUR Allah, NUR Muhammad, NUR Cahaya, NUR Zat.
Nah.... Mengenai titik Nun Dan BA, titik Nun terkandung (kadim) Pada huruf itu sendiri, manapula Huruf BA titik nya dibawah yakni kadim muala (muhadas).
Maka jelas BA itu zahir Dan Nun Itu batin KEPADA BA.
Kalau kita teliti dalam bilangan huruf hijaiyah kedudukan huruf nun itu jauh dipenghujung iaitu Pada kedudukan 25.
Untuk penjelasan lanjut sila kita kaji balik tentang kejadian Adam as
adalah daripada nurmuhammad perantaraan malaikat jibril atas perintah Allahsubhanahuwataala.Nah kezahiran NUR itu dikakatakan Alam yaitu alam malakut zahirnya NUR iaitu Maknusia daripada hasil walhasil 4 anasir NUR yaitu api, air, angin, tanah Dan maklaikat(jibril). Maka hakikatnya titik nun ialah nurhayat KEPADA BA ertinya hidup sifat Allah yakni afaal Dan asma Allah. Hidup berkata kata.
Setakat sini dulu pengajian tentang huruf nun itu.
Wallahuaglam.
Post a Comment