iklan

Saturday, 26 January 2013

Projek Semaian Budi 2.0


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

اَلْحَمْدُلِلّهِ ... punya laaa lama bud@k juAh tak menulis blog... dah berhabuk gila blog bud@k juAh nie.... 
hmm... time to buang sawang2 yang ada kat blog bud@k juAh ni... pertama sekali

SELAMAT TAHUN BAHARU MASIHI 2013.... 
*dah nak dekat sebulan baru nk wish new year... hahahaaa......

Kesempatan nie budak juah nak cerita la sikit aktiviti kelab yang bud@k juAh join ni... nama kelab budak juah join tu IN-SMARTIVE nama dia... baru2 nie 20 Jan 2013 kelab nie ada buat Projek Semaian Budi 2.0 sampai 23 Jan 2013... ni la nak cerita sikit.... nak kata karangan pon boleh...

Cover photo
Banner PSB 2.0
perghhh..... masuk utusan terus....  *update 30 Jan 2013
*Projek Semaian Budi yg pertama pon budak juah join gak... cuma x spt nk update kat blok maklum laaa sibuk... 

  
nie la wajah pengurus projek nie... hensem x? ~~"
Perjalanan program Bud@k juAh bermula pada hari Ahad 20 Januari 2013 setelah pasukan Semaian Budi 2.0 telah tiba di Pulau Pinang daripada Universiti Malaysia Pahang. Bud@k juAh mula bertemu dengan pasukan ini di Masjid Negeri Pulau Pinang selepas solat Zohor. 

       
Bas yang setia membawa kami kemana2 aje.. :P


         

   
Amboih sakan depa dok round kat Penang... siap naik Rapid Penang lagi... tp Bud@k JuAh xdpt join :'(
  
Perjalanan bud@k juAh bermula dengan lawatan ke Queensbay Mall sebelum ke tempat program ini berlangsung. Jam 4.00 petang Bas mula bergerak ke tempat program iaitu SM Sains Sultan Mohamad Jiwa. Seletah sampai, kami mula daftar masuk ke penginapan dan terus makan malam pada pukul 6.30pm di dewan makan. Seterusnya persediaan untuk solat berjemaah di surau sekolah. Jam 9.00 malam Mini PKM SM Sains Sultan Mohamad Jiwa bermula untuk kumpulan pertama pada hari pertama program Semaian Budi 2.0 ini. Modul Jendela Jauhari dan Ceramah motivasi daripada abang wan telah dilakukan pada malam ini. Pengakhiran hari ini dengan postmortem tentang perjalanan program pada hari ini dan penerangan program untuk hari esok.

Barisan Fasi untuk Mini PKM
bersama pelajar SMS SMJ *gbr dibawah

    

Hari kedua bermula dengan solat Subuh berjemaah disurau bersama adik-adik SM Sains Sultan Mohamad Jiwa kemudian sarapan pagi di dewan makan sebelum ke Rumah Seri Kenangan pada jam 7.00 pagi. Pada hari ini RSK ada perhimpunan pagi dan terdapat satu berita sedih iaitu kematian salah seorang penghuni RSK pada jam 1.00 pagi hari ini. Mayat ini telah diuruskan oleh JKM sendiri dan ahli keluarga hanya datang untuk melihat pengurusan tersebut. Terdapat beberapa pengalaman yang amat berharga telah dapat dikutip pada hari ini. Pada mulanya, kami diberi penerangan tentang kerja yang dilakukan di RSK di Rumah Kenanga. Kerja pertama yang telah Bud@k juAh lBud@k juAhkan hari ini ialah potong kuku orang-orang tua di RSK dan tidak boleh dilupakan yang Bud@k juAh duduk atas air kencing seorang tua. Selain itu, Bud@k juAh telah mencukur janggut orang-orang tua RSK dan menukar pampers mereka. Sehingga jam 5 petang bersama penghuni RSK. Pulang solat asar, makan malam, solat maghrib dan solat isyak. Jam 9.00 malam Mini PKM hari kedua dijalankan seperti hari semalam. Perbezaan yang dibuat pada Mini PKM hari ini ialah penambahan satu lagi modul dan pemendekkan masa ceramah abang wan. Hari ini Mini PKM te;lah disertai oleh pelajar tingkatan 5 dari jurusan Sains Bio. Mini PKM hari ini boleh dikatakan lebih baik dari Mini PKM hari semalam. Postmortem hari ini agak panjang berbanding semalam. Selain membincangkan penambahbaikan program ini, postmortem malam ini juga telah berkongsi tentang pahit manis hari pertama di RSK. Salah seorang peserta projek Semaian Budi 2.0 sebak semasa berkongsi pengalamannya di RSK dan membantutkan perkongsiannya. Dengan berakhir postmortem malam ini maka tamatlah hari kedua.


antara postmotem untuk mempertingkatkan prestasi kami
Hari ketiga pula tidak banyak beza dengan perjalanan  pada hari kedua. Pada paginya ke RSK dan malamnya Mini PKM SMSSMJ. Kendatipun bergitu terdapat sedikit kelainan daripada aktiviti hari semalam. Antaranya sebelum bekerja di RSK, kami telah melawat Pemulihan Dalam Komoniti (PDK) iaitu tempat melatih OKU. Semasa di RSK, sebahagian dari kami telah melakukan ops bersih iaitu mencukur janggut, memotong kuku dan memotong rambut penghuni lelaki yang tinggal di bilik. Kerja kami di RSK ditamatkan pada pukul 3.00 petang untuk membawa kami melawat ke Amanjaya Mall dan seterusnya pulang ke SMSSMJ dalam jam 5 lebih. Malamnya, Mini PKM bersama pelajar sains kejuruteraan sekolah ini dan tentatifnya sama seperti hari kedua. Alhamdulillah, perjalanan program malam ini berjalan dengan lancar. Seperti biasa sebelum tamat program hari ini diadakan postmortem yang terakhir.



antara gambar kami bersama warga Rumah Seri Kenangan

Selingan ke PDK bersama OKU yang berhampiran dgn Rumah Seri Kenangan

Hari keempat dan merupakan hari terakhir Projek Semaian Budi 2.0 bermula seperti biasa mandi, solat subuh, sarapan pagi seterusnya berkemas untuk daftar keluar asrama SMSSMJ. Jam 7.30 pagi kami bertolak ke RSK untuk hari terakhir sersama penghuni di sana. Tiba sahaja di RSK kami sekali lagi di terangkan perkara yang perlu dilakukan pada hari terakhir ini. Bud@k juAh sekali lagi ditugaskan untuk bersama dalam kumpulan potong rambut, kuku dan bercukur. Selain daripada melakukan tugasan ini, kami juga meluangkan masa untuk bersembang bersama wargas bilik tersebut sehingga jam 12.00 tengah hari. Program di RSK ini tamat dengan penyerahan kenang-kenangan kepada pihak RSK dan sesi bergambar. Seterusnya, kami turut menerima undangan kenduri doa selamat daripada salah seorang ahli in-smartive di Gurun,Kedah. Selepas solat Zohor di sana, bas kami mula bertolak pulang ke Universiti Malaysia Pahang. Walau bagaimanapun, Bud@k juAh hanya turun di terminal feri di Butterworth untuk pulang kerumah. Dengan ini bermaksud Bud@k juAh telah selesai Projek Semaian Budi 2.0 ini.

Alhamdulillah... rezeki...rezeki... rezeki jgn ditolak

vvdv
Ni lah gbr terakhir sblm bud@k juAh balik Penang... Latar belakangnya Gunung Jerai tau..

cerita versi lain dari rakan2 ..... 
>>  blog Rasmi *Abg Jamil * Amir  * Adib * Bad

No comments:

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com