iklan

Tuesday, 6 September 2011

Universiti Malaysia Pahang




Latar Belakang Universiti Malaysia Pahang
Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002.  UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP komited dalam membangunkan sumber kapital manusia dan teknologi untuk memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Kampus UMP di Gambang
UMP beroperasi di kampus sementara yang terletak di Gambang, Kuantan. Kampus yang terletak di kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 meter persegi yang boleh menempatkan 4,000 orang pelajar. Kampus UMP terletak di lokasi strategik berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Kini, di Kampus Gambang, para pelajar boleh mengakses internet tanpa wayar (WIFI).

Kampus UMP di Pekan
Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan dengan berpindahnya seramai 2,480 pelajar dan 263 staf dari UMP Kampus Gambang mulai 27 Julai 2009. Pembangunan dan pembinaan peringkat Fasa 1A terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, makmal, pusat pengajaran dan pembelajaran ini telah siap sepenuhnya. Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf. Selain itu, bangunan asrama bagi menempatkan seramai 648 pelajar dengan kemudahan sebanyak 326 bilik telah siap sepenuhnya dan diduduki pelajar FKM dan FKEE bermula pada Julai 2010 yang lalu. Manakala Fasa IB masih di dalam peringkat pembangunan bagi menyiapkan bangunan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Perpustakaan dan Kolej Kediaman Pelajar bagi menampung seramai 1,400 pelajar yang dijangka siap pada tahun 2012.

No comments:

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com