Pada 15 September 2011 di dewan kompleks sukan UNIVERSITI MALAYSIA Pahang telah diadakan satu majlis syarahan umum peringkat kebangsaan bertajuk, “ Cabaran kepimpinan Masa Hadapan”. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tetamu yang dijemput untuk memberi syarahan tersebut. Antara jemputan yang telah menghadiri Majlis ini ialah, Dato Seri diRaja Ketua Menteri Pahang, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Pensyarah, Staf dan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), pelajar sekolah menengah dan rendah, serta orang awam.
Dalam syarahan ini, Tun Mahathir mengingatkan kepada sesiapa
yang berhasrat untuk menjadi PEMIMPIN supaya tidak menyalah guna kuasa. Hal ini
mungkin akan menyebabkan seorang pemimpin itu akan dijatuhkan. Selain itu,
pemimpin yang telah dijatuhkan ini mungkin akan dijatuhkan hukuman yang berat. Disamping
itu, pemimpin ini mungkin dihina yang mungkin juga merebak ke seluruh
kerabatnya. Walau bagaimanapun, hal ini mungkin sebaliknya bagi pemimpin yang
adil.
Tun Mahathir juga memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin
menjadi pemimpin supaya senantiasa memikirkan tentang cabaran untuk menjadi
pemimpin. Pekara yang paling utama yang perlu difikirkan oleh seorang pemimpin
ialah kebajikan pengikutnya dan mampu untuk memimpin pengikutnya.
Tun juga berkata bahawa “pemimpin jangan fikir nasib yang
baiknya ketika disanjung, tetapi perlu fikir juga apabila kita kehilangan kuasa
untuk memimpin”. Tambah Tun lagi, apabila hendak menjadi pemimpin, mereka harus
meneliti pemimpin yang terdahulu. Apakah nasib pemimpin terdahulu itu? Sama ada
kini disanjung atau dihina. Apabila seorang pemimpin itu mengenang pemimpin
yang terdahulu, ini akan membantu pemimpin ini untuk memimpin dan mengubah
keadaan mengubah keadaan mereka.
Tun Mahathir juga mengingatkan kita bahawa kita berada dalam
sistem demokrasi. Rakyat perlu bijak untuk memilih kepimpinan. Penilaian yang
dibuat perlu mendatangkan kebaikan kepada kita. Bagi pemimpin pula, mereka
harus fikir bahawa adakah mereka layak untuk menjadi pemimpin? Calon seorang pemimpin
haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan mampu untuk mengatasi cabaran seperti
keadaan kucar-kacir.
Bagi pemimpin Malaysia, mereka perlu jadi pemimpin untuk
kaumnya dan kaum lain juga. Dia juga harus tahu untuk meredakan pertelingkahan
antara kaum. Sebagai pemimpin kata Tun Mahathir, “pemimpin harus berfikir di luar
kotak”.
Bagi rakyat atau orang yang dipimpin, seharusnya memberi
masa kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan pelannya
supaya pendekatannya mendatangkan hasil. Tun Mahathir menasihatkan supaya
JANGAN MENUKAR PEMIMPIN SEBELUM DIA MENUNJUKKAN KEBOLEHANYA.
Tun Mahathir juga ada menyelit tentang hal semasa sekarang
yakni masalah ekonomi. Sebagai pemimpin, mereka harus mencari pasaran baharu
untuk menggantikan pasaran yang lemah ini.
Tun Mahathir juga ada berkongsi contoh pemimpin yang beliau
menjadikan contoh. Antaranya ialah Peter The Great (Rusia), yakni dapat
membagunkan negara Rusia yang dahulunya sebuah negara yang mundur. Walau bagaimanapun,
Tun Mahathir tidaklah mencontohi sikap pemimpin yang kejam itu. Selain itu, Tun
Mahathir mengambil Nelson Mendela, pemimpin negara Jepun dan pimimpin negara
China sebagai contoh kepadanya.
No comments:
Post a Comment