iklan

Sunday, 30 December 2012

Nauzubillah min zalik Maksud



Nauzubillah min zalik Maksud



Nauzubillah min zalik maksud. Apakah maksud Nauzubillahi min zalik? Buat pengetahuan Anda ungkapan itu asalnya daripada kalimah Bahasa Arab, ia ditulis begini:

نعوذ بالله من ذلك

Jadi ditulis di dalam abdjad rumi “nauzu billahi min zalik” yang membawa maksud: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Wednesday, 26 December 2012

Cara betul menjawab kiriman salam.

Cara betul menjawab salam.



97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Wei, Mat kirim salam..."


Akan dijawab: "Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."



Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah. Jeng jeng jeng........... =.="

Tuesday, 27 November 2012

KELEBIHAN WANITA- WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

Sunday, 4 November 2012

Tiket Untuk Bercouple Dalam Islam


Khitbah - Tiket Untuk Bercouple Dalam Islam

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Monday, 1 October 2012

1st Oct : Words of Wisdom



Something to share:

Love is about when u actually like him/her first time, then the heart start to whisper..... then mind start thinking about him/her.... every time when to sleep... mind always want to think him/her.... usually love always will unite him and her... but not all actually always... love sometimes not must own it... because love is about caring.... :)


Always pray to get pleasure from ALLAH ^^

Sunday, 9 September 2012

Assalamualaikum UMP sesi 2012/2013



Seperti yang kita tahu.... semua pelajar yang mengambil ijazah sarjana muda IPTA akan kembali ke universiti masing2 pada bulan september setiap tahun.... Budak Juah tidak terkecuali untuk pulang ke universiti bagi menyambung pegajian budak juah semester ini...

Thursday, 30 August 2012

55 Tahun Kemerdekaan

 

Setelah 55 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik.

Saturday, 11 August 2012

Tips Raya utk LELAKI : Penawar warna kulit tidak sekata




KULIT lelaki didapati mengandungi melanin lebih banyak daripada wanita. Secara semula jadi, proses penuaan dan keseimbangan kulit yang dialami lelaki lebih pantas. Lantas adalah penting bagi golongan lelaki untuk menjaga kesihatan kulit mereka bagi melambatkan aktiviti tersebut.

Friday, 10 August 2012

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;

2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;

3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);

4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;

5. Iktikaf dalam masjid.


Thursday, 9 August 2012

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Wednesday, 1 August 2012

Kurma...



Masuk bulan Ramadhan, tak sah rasanya jika tidak bercerita pasal kurma. Kurma menjadi makanan rutin ketika bulan puasa. Apa sebenarnya kebaikannya?


Tuesday, 31 July 2012

Rahsia di sebalik pergerakan seorang lelaki...





Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Saturday, 28 July 2012

15 Langkah Mudah Berfesyen Untuk Lelaki

 

Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? Mungkin kerana penampilan anda. Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho,maskulin dan tampan bergaya.

Friday, 27 July 2012

Adab Pergaulan Lelaki & Perempuan

malefemale  



Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).


Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.


Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.

Wednesday, 25 July 2012

Lelaki & Pemakaian Pakaian Warna Pink

        

Pink atau merah jambu satu warna yang lembut dan sering dikaitkan dengan perempuan.. Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dengan lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yang sering disinonimkan dengan lelaki boleh pula digunapakai dengan sewenangnya oleh kaun wanita.. Dimanakah keadilan? Haha.. Bunyi dah macam serius la pulak..
 

Sengaja aku buat entry ini kerana penukaran secara mendadak panorama di blog ini.. Tapi ingin aku nyatakan background blog ini bukan berwarna pink tetapi ianya dimasukkan dalam kategori warna ‘Violet Red’ (kira macam adik beradik merah tetapi bersepupu dengan merah jambu.. lebih kurang lah! haha)

Jadi ini sedikit kesimpulan pakar warna sedunia tentang pink dan lelaki.. Aku tipu, sila jangan percaya..

Tuesday, 24 July 2012

Aurat Wanita Islam ??? Awas Bagi Yang Terlepas Pandang !!!

Aurat Wanita / Perempuan / Muslimah..


Post ni bukan untuk menyinggung @ merendahkan mertabat wanita @ kaum hawa tapi untuk panduan aku mengharungi hidup ini bersama Kakak ², Adik² , Isteri² , Anak² serta rakan² budak juah jerr ..

Monday, 23 July 2012

Aurat LELAKI ???

Apakah batasan aurat lelaki?


Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan ( bahagian zakar ) dan belakang ( bahagian punggung ). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain.

Saturday, 21 July 2012

Perutusan YAB Perdana Menteri Bulan Ramadhan 1433H

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan.

Friday, 20 July 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIKH


 
Hari nie sumua umat Islam akan mula mengerjakan Solat tarawikh... Bud@k Juah nak kongsi sikit ttg panduannya. Biasa laa... setahun sekali jaa.... mungkin ada yang ingat2 lupa.....
Berikut adalah panduan dan cara menunaikan solat tarawih pada bulan ramadhan. Pihak jakim dengan bermurah hatinya telah menyedia buku panduan solat tarawih ni dengan format ebook. Jadi, anda boleh la memuat turun buku panduan tersebut tanpa membelinya di kedai. Klik pada pautan dibawah untuk memuat turun buku panduan solat tarawih.

Thursday, 19 July 2012

PUASA

 
Semperna Ramadhan yg menjelang tiba nie... Bud@k Juah nak konsi sikit tentang puasa nie....

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Tuesday, 17 July 2012

SUKMA Pahang 2012 (Badminton)


ALHAMDULILLAH... Tanggal 5 Julai 2012 Budak Juah telah sampai ke Kuantan Pahang untuk SUKMA 2012 dengan selamatnya. Budak Juah turun dalam team teknikal Sukan Badminton. Maaf laa lewat sikit nak kongsi cerita dgn pembaca blog Budak Juah nie... Sebab sibuk sikit dengan SUKMA 2012 nie. Alhamdulillah Selesai sudah hari ini acara badminton SUKMA 2012. Nie baru Budak Juah nak cerita ttg pahit dan manis kenangan di sana.......

Wednesday, 7 March 2012

8 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI


 
Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Tuesday, 14 February 2012

Tuesday, 7 February 2012

Lawak medical check-up

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…




opsss..........

Friday, 20 January 2012

7 SEBAB UTAMA MENGAPA LELAKI MENIPU



Hal ini memang sudah lama didebatkan. Tetapi pasti tiada jawapan khusus yang akan dijumpai. Ini adalah kerana setiap lelaki di mukabumi ini membawa perwatakan yang berbeza-beza. Sebenarnya tidak patut ada istilah lelaki semua sama. Sekiranya semua lelaki sama, pasti persoalan mengenai mengapa lelaki menipu akan terjawab. Ini merupakan hanya panduan kepada anda sahaja untuk mengetahui sebab utama mengapa lelaki menipu. Awas!! ia tidak merujuk kepada semua lelaki tetapi hanya data daripada beberapa individu sahaja mewakili lelaki yang pernah menipu.  Penilaian terbaik adalah daripada anda sendiri untuk menentukannya menggunakan pemikiran akal yang waras.

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com