iklan

Wednesday, 25 July 2012

Lelaki & Pemakaian Pakaian Warna Pink

        

Pink atau merah jambu satu warna yang lembut dan sering dikaitkan dengan perempuan.. Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dengan lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yang sering disinonimkan dengan lelaki boleh pula digunapakai dengan sewenangnya oleh kaun wanita.. Dimanakah keadilan? Haha.. Bunyi dah macam serius la pulak..
 

Sengaja aku buat entry ini kerana penukaran secara mendadak panorama di blog ini.. Tapi ingin aku nyatakan background blog ini bukan berwarna pink tetapi ianya dimasukkan dalam kategori warna ‘Violet Red’ (kira macam adik beradik merah tetapi bersepupu dengan merah jambu.. lebih kurang lah! haha)

Jadi ini sedikit kesimpulan pakar warna sedunia tentang pink dan lelaki.. Aku tipu, sila jangan percaya..


  1. Pink itu Gay!

Gay kalau diikutkan bahasa klasiknya membawa maksud gembira.. Maka tak kisahlah jika ia dikatakan gay.. Maknanya pengguna pink itu gembira bukan bermaksud homoseksual seperti yang sering dikatakan.. Jika warna pink dihukum dengan perlakuan seks atau hubungan, apa pula status warna yang lain? Tiada pula perundangan yang menyatakan tidak boleh menggunakan warna merah jambu jika seseorang itu bukan homoseksual..



2. Pink itu Metroseksual

Arus kemodenan seiring berjalan dengan pemikiran manusia yang berubah mengikut zaman.. Tiada lagi pink diwajibkan untuk perempuan dan hitam diwajibkan dengan lelaki.. Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ianya tidak melanggar batas agama dan manusia.. Dunia urban untuk lelaki metroseksual.. Dan jangan salah anggap dengan seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej dan gaya..


   3. Pink itu Maskulin

Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi.. Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka.. Apa guna maksud maskulin itu sendiri yang cukup mendalam, keMAS, KUaliti dan tuLIN [via] jika tidak dipergunakan.. Hehe.. So jangan peduli kata orang.. Buat apa yang kita suka selagi ianya tidak mendatangkan dosa.


No comments:

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com