Seperti yang kita tahu.... semua pelajar yang mengambil ijazah sarjana muda IPTA akan kembali ke universiti masing2 pada bulan september setiap tahun.... Budak Juah tidak terkecuali untuk pulang ke universiti bagi menyambung pegajian budak juah semester ini...
Di universiti Budak Juah belajar ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP)... semua pelajar kanan akan memulakan pengajian di semester baru ini pada 10 Sept 2012 dan telah mula mendaftarkan diri sejak 8 Sept 2012 yang lalu.
SELAMAT PULANG KE UMP
Dan
SELAMAT MAJU JAYA
Kepada
SEMUA PELAJAR KANAN UMP
Dalam semester sesi 2012/2013 ini.....
SEMOGA BERJAYA MEREMPUHI
SEGALA DUGAAN DALAM SEMESTER INI DENGAN JAYANYA !!!
itu saja rasanya budak juah nak bagi tau hari ini kat pembaca blog Budak Ju@h nie
Berbalas pantun sikit......... hehehehe
(Tanya)
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
(Jawab)
Nyiur meleding sudah berbuah,
Rimbun senduduk berbunga pagi;
Digenggam gading yang sangat bertuah,
Pastilah tanduk tak berguna lagi.
(Tanya)
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
(Jawab)
Dahan meranti hanyut terapung,
Hanyut sampai ke Pulau Jerjak;
Jangan nanti kemas digendong,
Tak capai dikejar cicir dipijak.
(Tanya)
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
(Jawab)Mudik berakit kelong berkapai,
Dayung langsung dari hulu;
Badan sakit hajat tak sampai,
Bunga diusung tinggallah dahulu.
No comments:
Post a Comment