iklan

Tuesday, 20 March 2012

oh LELAKI


mari mengenali LELAKI


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita.
Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu
perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat
oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap
lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya
dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara
berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai
sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada
lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang
menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi
antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya,
jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza
daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia
berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk
memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding
dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai
melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek
yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu
cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih
lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa
seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,
mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan
melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus
percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini
bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi
lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap
lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak
lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan
perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan
sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka
adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik
hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca
bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak
dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya
suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada
ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk
bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah,
harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,
adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal
sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan
kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada
wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki
itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai
hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah
penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan
rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia
untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu
terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di
belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya,
mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta
tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara
tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk
mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.

Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang
dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik,
masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur,
perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat.
Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu
digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada
wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia
masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan,
sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…”
dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama
abang …..”.

10. Lelaki dan Ego 
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama
di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi
sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita  yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan
api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa
sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak
menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda
mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki
merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan
mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda,
dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada
anda.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan
berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki
mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun
pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang
memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu
dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya
itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

P/S : Hope anda dapat menggunakan tips-tips ini dalam kehidupan anda untuk lebih memahami kaum adam..:) baru lah hidup lebih bermakna..:P

No comments:

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com