iklan

Saturday, 1 June 2013

Projek Kilauan Mutiara SMASH dan SeMAI



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


اَلْحَمْدُلِلّهِ 


Alhamdulillah... Bersyukur sangat-sangat Bud@k Juah dapat gak AKHIRNYA menulis kat BLOG tentang Program Bud@k Juah yang terbaharu nie... *walaupon dah 6 hari berlalu program tu. Sekarang baru nk ada masa sikit... Maklum laa... baru start CUTI Study Week.... :-P sebelum Final Exam mggu depan...
nama Program Bud@k Juah join kali ni nama dya Projek Kilauan Mutiara SMKA Al-Mashoor Lelaki dan SMK Air Itam. [atau nak senang panggil PKM SMASH & SeMAI] *PKM tu bukan Parti Komunis Malaya atau Persatuan Kebudayaan Melayu yerrr..... OKEY Cerita dya cam ni.... --> (klik sini)

Program ni... julung2 kali yang Kelab Bud@k Juah join yang peserta dya SEMUA LELAKI. Huhhh... best laa kakak2 fasi... sbb menjadi tumpuan adek2 peserta *jgn lebih2 kena jga batas pergaulan yerr...

Kami Kelab In-Smartive dari Universiti Malaysia Pahang sampai di Bumi SMKA Al-Mashoor Lelaki jam 11.30 pagi cam tu laa... dan disambut oleh deligasi SMASH.. terima kasih gak laa sbb adik2 dari SMASH sudi tolong bantu kami angkat barang dari Bas. Terharu gilerrr FIRST IMPRESSION... dalam Hati "Okey, Alhamdulillah adik2 ni ringan tulang jarang dpt adik2 cmni *think positive". Then kami check in dalam asrama Lelaki kat asrama pelajar tingkatan 6 dan Perempuan kat asrama pelajar tingkatan 1. Alhamdulillah gak... sbb dapat katil dan tandas yang ada pintu... SELESA sangat. Seterusnya, Menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang.

HARI PERTAMA

HAAaaaa...... Sekarang Baru nak mula Program Projek Kilauan Mutiara ni... *walaupon ada tersasul Projek Kilauan Emas ~~" pon boleh... First sekali, pendaftaran peserta dari SMASH dan SeMAI berjalan dengan lancar... peserta pon semua mai awal. Sementara tunggu habis pendaftaran peserta dan Majlis Penyerahan Peserta SECOND IMPRESSION...
adik Syafiq mengetuai puji-pujian dengan berzikir dan berselawat
tergamam seketika SEBAB tanpa disuruh peserta semua berZIKIR dan berSELAWAT untuk mengisi kekosongan antara masa tersebut... dalam Hati "Alhamdulillah, sbb cikgu depa dah didik anak murid sampai cmni sekali." fyi nie merupakan satu cuaca yang baru Bud@k Juah rasa berbanding sekolah2 lain. Dah habih penyerahan Peserta... Bud@k Juah selaku Pengurus Program PKM nie... nak laa cari Penghulu dan Penghuluwati *opss mana ada perempuan so kena cari Timbalan Penghulu.
Antara Calon Penghulu sedang Bermanifesto
 

Calon2 Penghulu boleh tahan belaka tambah dengan MANIFESTO PILIHANRAYA Penghulu. banyak isu yang dibangkitkan antaranya BLACKOUT, PENGUNDI HANTU, dan Alhamdulillah KRITIRIA PEMILIHAN PEMINPIN. *dah macam Calon PRU depa berMANIFESTO. Dengan majoriti yang tipis kurang 2/3 telah memilih Adik Rahim sebagai Penghulu
*boleh tahan kepimpinannya sbb mcm dye plak yang fasi. heheheheeeeee........ :P

Selepas Solat Asar dan bacaan Mathurat... Slot Pertama "Tak Kenal Maka Tak Cinta" *dah kenal x semestinya bercinta yerr... diketuai oleh kak YM dan abg 'Arif. Abg ngan Kakak ni mmg HOT giler masa dan selepas program... sbb asik menjadi Bualan Adik2 *Bud@k Juah cemburu gak laaa... huhu..
Slot seterusnya "Jendela Jauhari"... fasi kumpulan cari port yang sesuai nk buat modul ni. *bukan nak bertukang buat tingkap... jgn salah faham... nama Modul jerr nie.. huhu... macam2 gaya ada masa buat Modul ni...


Sesi Celik Minda oleh Peserta Terbaik adik Arif dan Bacaan Yassin
Slot penghabisan utk hari Pertama "Bursa Saham" yang dikendali oleh abg Zikri yg perasan hensem dan Kak Cici yang comel tu... masa Slot ni ade gak yang panas Telinga siap kena kipas lagi sbb nk sejukkan keadaan :P. Alhamdulillah xde insiden bertumbuk sbb kerugian yang amat besar dalam Pelaburan Saham *saham dunia ja ni... dan Tahniah untuk Syarikat yang untung besar...huhu  
Antara Coretan Slot Panas "Bursa Saham"


*fyi abg Bud@k Juah xpernah rugi lagi dlm Game Bursa Saham ni... jgn main2.
Dengan ini tamat lah hari Pertama......sebelum tu INGAT Refreshment "Sebelum Terlena".... xpe tggu hari kedua lagi bnyk...

HARI KEDUA

Hari kedua bermula dengan penuh penghambaan kepada Allah dengan Slot "Tahjud Cinta". Alhamdulillah hampir kesemua peserta dapat bersama-sama berQiam walaupun ada seorang dua yang syahid dgn bisikan syaitan *Okey xnk mention kat sini.. kalau die bace die tahu lah siapa :P



Antara muka peseta dan fasi semasa subuh... huhu
Selepas Subuh... Ber"Suai Fizikal" pulak dengan abg Muhaimin kite... <-- atlit katekan.
Kita sambung plak dengan modul pertama pagi nie iaitu "Timeline" abg Bud@k Juah harap adik2 peserta dapat manfaatkan bahan edaran dalam fail tu untuk masa akan datang. Kali ni pon sama gak... fasi kumpulan bawak peserta kat port masing utk berdiskusi tentang modul timeline nie. Lama gile kann... tp rasa cam kejap jer :-) kemudian Solat Sunat Dhuha. Pas tu... Last Man Standing Part 1 "Salah Siapa" Peserta dah macam ahli Parlimen berdebat dan berbahas. Selepas Zohor... Slot modul... "aQ ade... kau ade?" cbe tnya adik2 modul ni best x?? tp rasanya slot lepas ni lg best. Slot Choop! buat bahasa melayu jer... Adek2 peserta kata senang jer... TAPI bila main... huh!!! SENANG??? ke cemana adek2. Slot Kemuncak hari ini ialah Explorace... boleh tahan mencabarnya... pertama keadaan Cuaca... kedua Misi Check point tu sendiri.
xnk lah cerita check point masa explorace... biar adek2 yg xjoin tu rasa rugi.... huhu...

Antara Gambar Misi Explorace
*mcm sedap je adik ni minum... minum ape tu??
 


Malamnya... sambungan Lastman Standing part 2 plak...!!! yang ni lebih mencabar.... rasanya daripada yang part 1. Penutup hari ini... adik2 bermuhasabah diri... ada yang mengalirkan air mata... INI TAK BERMAKSUD maruah lelaki2 dan jejaka2 ini tercalar. Cuma sedar bahawa kita hanya HAMBA ALLAH yang lemah. Bud@k Juah ingin berkongsi ini.... >>

Istana paling lawa →MASJID, 
Lagu paling indah →SELAWAT, 
Senaman paling baik →SOLAT,
Hobi paling berfaedah →ZIKIR,
Agama paling indah →ISLAM 


HARI TERAKHIR

Waktu pagi macam biasa... Subuh berjemaah... "Celik Minda"... "Suai Fizikal" beza untuk hari ini Peserta berjoging ke Taman Jajar MPPP seterusnya membuat khidmat bakti dengan membersihkan Kawasan Sekitar Taman jajar. Alhamdulillah semua dapat menyertai... yang sakit pon join huhu... Seterusnya... santapan minda oleh ceramah dari Biro Akademik PIBG SMASH... Bud@k Juah tngok ade gak yang hampir syahid... harap gula2 yg diberikan menjadi ubat dari gugur syahid. Seterusnya, Slot "Kau Boleh!!!".
daripada Ketua Penyelidik kepada Naib Canselor. Harap adik2 dapat mengambil isi2 dari ceramah hari ini.
Akhir sekali masa yang ditunggu2 oleh sebilangan peserta dan tidak mahu oleh sebilangan peserta iaitu Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh YDP PIBG SMASH dan sesi bergambar.



Peserta Terbaik dan Wakil Peserta


persembahan Peserta & Fasi 

Barisan Peserta dan Fasi
          


Tanda Sebelum Pulang
::: utk pengetahuan adik2 kami sampai Jam 4.30 pagi di UMP Gambang... huuhuuhuhuuu
nasib Bud@k Juah tidak terponteng kelas... walaupon mengantuk terpaksa memenuhi jadual sebagai Mahasiswa. :::


1 comment:

Unknown said...

haish.. terkenang kem ni.. ingat kat abg2 fasi2.. akak2 fasi.. huhu.. gmbr mkan dlam talam x dak kew?

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com