iklan

Saturday, 1 October 2011

Nabil Raja Lawak Kahwin!!!!

 http://photo.murai.com.my/9302011_akadnabil-a.jpg
PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2011: Dengan dua kali lafaz, pelawak dan pelakon Ahmad Nabil Ahmad, 28, atau Nabil Raja Lawak sah menikahi bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, yang diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Pasangan yang masing-masing sedondon mengenakan busana putih itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Nazirah yang kemudiannya bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebntuk cincin bertatahkan berlian ke jari manisnya oleh Nabil Raja Lawak bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.
Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM300 dan tujuh dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Tujuh dulang hantaran yang diterima oleh pihak perempuan termasuk wang hantaran sebanyak RM15 000 dan barang-barang lain seperti kasut, tepak sirih, playbook, alat solek, telekung dan set wangian.
Manakala pihak lelaki menerima hantaran balas seperti cokelat, kasut, PlayStation 3, Ipad, cupcakes,sejadah, cincin dan buah-buahan.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal. Mempelai juga nampak manis ketika duduk di pelamin rekaan Persada Embun
Detik bersejarah pasangan ini disaksikan kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka. Antara artis yang hadir adalah Jaclyn Victor dan Sharifah Shahira serta suami.
Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada 2 Oktober ini di I-City, Shah Alam dengan tema fairy tales. Majlis itu dijangka akan menerima jemputan berjumlah 1,500 orang dan dikatakan menelan belanja sekitar RM150,000.

No comments:

Tet@mu aQ

cer komen sikit blog nie ; >

FIFA.com